Latest Entries »

We Moved!

Salam alaik.. ana dah ade blogspot. Ana officially pindah dari sini! Hontou ni arigatou for all this time. ana takkan delete blog ni, sayang pulakkan? So ana dah berpindah ke sini: http://khalifahhanan.blogspot.com/

\^^/

href=”http://nur98hanan.files.wordpress.com/2011/12/fill-world-with-colour-1200×753.jpg”>
Salam. ^^

Tomorrow, my 1st niece is going to be 2 months old! Yippee! She is only 2 months old but her pipi is sooo tembam. She is very cute, indeed. Lagi-lagi bila dia senyum. *boleh cair =)* pipi bulat. perut bulat. haih.. and I;m missing my 1st nephew. whew, bestnya jadi budak kecik. semua orang suke. sebab dia fitrah. Suci daripada dosa.

Kadang-kadang bila ana sedih, or rase no-one-is-caring *ewwah* selalunya ada suara dalaman yang dibuat buat. Allah ada. Allah tahu. Allah faham. Allah ada. cukup! jangan layan perasaan. gedik betul la mu ni! *ayat terakhir selalu berbunyi macam tu. haha*

Ni dia: Tips happy sepanjang hidup!

1. Sentiasa ingat Allah.
-Ape pun yang kita tengah buat, ingat Allah. jangan ingat bende lain sangat.

2. Give more, expect little. Dalam hidup, jangan biasakan diri expect orang lain faham. Even orang yang paling dekat di hati kita. Dia juga manusia. Ade kelemahan masing-masing. Beri sebanyak mungkin. Asal hati ikhlas.

3. Kalau ade pain *sakit* and rase nak nangis, kalau ana lah, ana nangis je. Tapi biasenye sorok-sorok ah. Sebab tak de orang lain faham sangat pun kenapa kita nangis. nangis tak bermaksud lemah. Nangis boleh kuatkan hati, bersihkan badan dari toksik lagi. Hehe..

4. kawan dengan semua orang. jangan asyik berkepit dengan sorang. Sebab kalau kita terluka dengan dia, or dia terluka dengan kita, kita takde orang lain untuk jadi penyalur kekuatan. Percayalah, kadang tu ana tengok kawan ana senyum kat ana pun dah jadi kekuatan. ^^

5. Be positive! + \^^/

Entah betul ke tak betul tips tu, ana pun tak tau. sebab sekarang pun I can;t lead a happy life. Mungkin, satu hari nanti. Dan FYI, happy life tu bukan mermaksud satu life yang tiada masalah, tapi satu life yang menenangkan. Takde life yang takde ujian.

Macam quotes yang selalu ade kat fb, kadang Allah timpakan hujan dan diselang seli dengan guruh yang menggerunkan. Tapi jangan sedih, sebab sebenarnya Allah nak kasi kita pelangi!

Tiba-tiba ana sendiri ter inspired dengan post sendiri. Fuh, hebat jugak ana ni eh? ^^<a

Alhamdulillah~

oppa~ Makcik rindu awak la. TT^TT

Hari semalam ana ada dapat surat. Surat tu nipis je. and ana memang dah tau dari awal dah surat tu surat apa. kawan-kawan ana dah inform dah dekat group Batch 98 Banat maarif. So ana buat cool.*konon* And jeng jeng!

Dengan dukitanya dimaklumkan,permohonan saudari untuk menjadi pengawas pada sesi 2012 telah ditolak.. blablabla. TT^TT Serius kecewa. Tapi sekejap je. Hahah. Lepas tu ana macam, ‘hehe, best jugak ape jadi orang biasa!’ lebih kurang macam tu lah.

So ana chat dengan orang-orang yang tak dapat jugak jadi pengawas. Semua orang rilek je. Macam ana. Yelah, dapat alhamdulillah, tak dapat pun alhamdulillah. Tu semua allah yang nak kasi. kenapa nak kecewa kan? Tu yang terbaik buat kita. Mungkin kalau ana jadi pengawas, ana tak reti marah senior dan sebagainya,or mungkin ana jadi sombong? Siapa tau?

Mungkin jadi pengawas adalah satu peluang besar untuk jadi penda’wah yang respected. Tapi ada banyak lagi cara. Bukan dengan jadi pengawas je kan? Same lah macam jadi miskin or kaya. kita tak tau mungkin kalau orang takdirkan kita kaya, kita lupa ke Dia, or sebaliknya. So bersyukurlah dengan kesederhanaan yang Allah kasi. Kan?

Sekian saja untuk hari ni. Ana penat, Nak rilekkan minda. ^^
*Nak photoshop! Nak renovate blog blogspot! Huhuhu*

Lala

Assalamualaikum..
Amboi cik tuan bolgger nih, bile dapat blog baru,lupa yang lame ye? Ya, tulah manusia. Tapi still, my best quality posts semua ade dalam ni. *konon best quality* Haih.. Cuti sekolah, selalu buat ana rase bosan tahap ape entah. Tapi tak sabor sangat nak cuti. Entah ape nak dibuat mase ni pun ana tak tau. setakat ni ana tau makan, gi kelas hafazan, tengok drama jepun and tdo. *solat,semua tu adelah* What else? Ana perlukan satu project yang boleh ana alihkan fokus.

Sedih kot nak tinggalkan bilik paling best dekat Aspuri Maarif, Ummu Athiyyah. Meh ana tulis sikit pasal ahli ummu athiyah yang men’jadi’kan ummu athiyah ni. I mean, tanpa mereka, bukan Ummu athiyah namenye.*ewah*

1. Kak Maizatul Farahain, merangkap ketua asrama maarif pompuan. Hehe. Kak Ain ni sangat particular tentang solat, dan sangat baik dengan semua orang. Tapi kalau dia marah,*setakat ni tak pernah melenting lagi lah* tegasnya mengalahkan *ape ek?*. Kak Ain sememangnya ketua asarma terbaek!

2. Nur Hanis Syafinaz, muka comel macam baby! Suara pun alahai. Comel sangat lah. Celoteh dia memang menghiburkan kitorang. Kecik je orangnya. Sngat friendly, tak kekok pun dengan sape-sape. Memang Fynaz salah seorang ahli form one yang ana akan rindu dia tahun depan. *berbelitkah ayat?*

3. Kak Azreen, form 2. Orangnya muke macam chinese sikitlah, I must say. Haha. Dia pun friendly, baik. Suka menyakat. Tapi bestla..

4. Kak Sabrina ni form 3. Dia ni selalu takde sebab sakit. Kesian dia. Tapi dia baik. Dan sangat rajin! Cikgu pun puji dia. Memang sangat rajin! Dalam locker dia, dari awal tahun dah ade nota sains penuh kat pintu locker tu, memang awesome lah.

5. Kak Zalina pun rajin jugak. Dia macam garang sikit, tapi baik sangat. Dia sangat pembersih orangnya. Caring dan tegas pendirian. Tak mudah digoyahkan*ewwah,ayat*. Hehe..’

6. Ketua bilik, Kak Amirah Shahid. Dia comel, baik. Masa mula-mula tu kitorang takl berapa sangat dengan dia. Tapi lama-lama, ok. Ketua bilik yang supporting, tapi kuat merajuk jugak. Hehehe.. Oh ye, tak sempat pun jamuan bilik dengan dia, Minggu terakhir sekolah dia takde. Ada urusan.

7. Kak Asikin. Dia sama je dengan kak zalina. Hehe. Pembersih, garang, tegas, yet so kind. Walaupun ana tak rapat dengan dia, dia tetap kakak form 5 yang ana takkan boleh lupa. Dalam bilik kitorang, dua orang from one sayang kat dia, Sayang adik-kakak gitulah. Hehe

8. Syafiqah ni mulut kecoh sikit. Memang pandai menjawab. Selalu jugak bergaduh dengan kak zalina and kak ckin *form 5* sebab mulut yang dikatakan sebijik dengan laser. Hehe. Tapi dia sangat jujur dalam mengekspresikan ape-ape. Dan dia caring dengan kawan-kawan. Protective jugak neyh. =)

9. Kak Tuan ni bekas ketua bilik. Mood dia tak menentu,ade masa senyap dan serius tapi ok. Ade masa dia macam marah sikit, ade masa bising macam budak-budak! Tahun depan ambik SPM. Dia sama bilik ngan ana tahun depan jugak, insyaALlah.

10. Kak Izzatun senyap je orangnya. Baik. Dia selalu tido awal, Hehe..

11. Kak Qibah ni orangnya senyap jugak, lembut je. Baik sangat dengan kakak dia, bestfriend kak Tuan, kak Ainun Najwa. Biasa siblings bergaduh kan, tapi diorang tak. Si kakak selalu jenguk si adik .Sweet. Personality diorang sangat unik.

12. pocah, atau Sh. Aisyah Fadaq. Bising jugak orangnya. Pemurah sangat. Dia baik .. Best kawan dengan dia. =D

13. kak Jeeha, yang sekatil dengan ana.. Periang, dan kuat azam. Banyak angan-angan kak Jeeha nih. Best duk bawah katil dia, supporting je. Memang bestlah!

14. Zue or zuhayra. Kuat merajuk, tapi baik. Suka menulis, dan suak bercerita. Memang kalau dia cerita, satu jam satu cerita lah. Banyak betul idea dia. Ana selesa dengan dia.

Okeh, penat dah mengimbau kenangan. Nak tekan butang break dah ni sekian.

First day of my 8 day of ‘adventures’ !!


Assalamualaikum. ^^

I’m sorry for the lack update. Kinda BUSY right now.
*Busy lah sangat,kan?*
Ya, tajuk diatas sudah memberi makna tersurat apa yang akan ana tulis di sini.
*Biasanya tajuk ana tak memberi apa-apa gambaran yang betul pun tentang isi post ana*
Yes, Eight days of my ‘adventure’! Sebenarnye 8 hari tu memberi maksud cuti lapan hari.
*Orang cuti 5 hari je, ana cuti sampai 8 hari!! =)*

And why,oh why, Hanan, cuti lapan hari? Sebab, food poisoning! Taraa! Ha, dekat sekolah, tak tau di mana silapnya ana keracunan makanan. Memang minggu tu beberapa orang lain pun sakit. Dan hari yang ana sakit tu pun ada yang kene pegi klinik. Ana masa kelas first, Geo memang bergelodak rasa perut. Tak selesa. Rasa macam nak demam pun ada. Tapi buat cool je lah. Just melepek atas meja pandang Cikgu Siti Nor. Masuk tak masuk lain cerita. Bila cikgu keluar, ana mula tak sedap hati. Nak pegi toilet, tapi orang lain dah ambik pas dulu. Tunggu sat, Ustazah Norhayati pulak masuk. Cuak jugak mintak pegi tandas. Tapi dikuatkan hati(ewah, macam susah sangat nak mintak permission pegi toilet). ana mintak jugak. Ustazah bagi, so ana meluru ke tandas. Sampai kat sink. Ana termenung tengok cermin. And then, “uwek!” dalam sink. Ana kenal muntah ape tu, kuetiau pagi tadi! Yucks.

So ana muntah lagi, dan lagi. Bila dah habis sepinggan kuetiau ana muntah,ana kembali ke kelas membawa mata dan muka yang merah. Tapi ana degil, kata angin je ni. Tadaak apa lah.

Masa rehat, ana jalan mundar-mandir. Tak berani nak makan. Takut terkeluar semula. Ana pergi tandas sebab rase nak muntah. Tapi tak keluar. So ana and Balqis yang merasakan perkara yang serupa tunggu jelah.

“Kitorang nak pegi klinik!” satu suara yang tak asing lagi bersuara. Kitorang pun pandang empunya suara, Anis dan Syafiqah Mustafa Kamal. “Kenapa?”

“Cirit birit lah hanan.”

“oh. Ok. Ana pun tak sedap perut nih”

“jom la gi klinik ramai-ramai!”

“Eh toksah la, angin je nih”

“OK.”

So ana balik kelas. Tengah duduk tu, Cikgu Suzilah masuk kelas. Masa dia bagi salam, rasa nak termuntah. Ok, sabor dulu. Dia suruh baca doa, which is not every teacher does lah. Mula je doa, ana tersembur muntah air yang rase dia, bau dia, sangat-sangat memeritkan. Seriously. ana and fatin pun pergi tandas, basuh mulut semua. Lepas tu masa on the way nak pergi pejabat mintak ubat, nampak Fina penolong kelas yang sangat bertanggungjawab bawak sebaldi air and mop. Huhu, sian diorang.

Ustaz bagi ubat tahan muntah. Dia suruh makan ape ape dulu. So ana pun makan roti pastu makan ubat. Ana tido je sepanjang kelas. Tak lama lepas tu, masa Hadis, ana rase lain macam lagi. And buat kali ke dua, ana muntah roti pulak. Memang Yucks. Ana muntah lagi di pertengahan jalan on the way pergi toilet which is betul-betul depan tangga utama. Haru betui.

Masa ni baru Ustaz lebut hati bagi ana balik asrama. Memang tak larat nak muntah dah.

Dekat asrama, ana minum sikit air, and ana muntah lagi right before ana tepon mak ana. Mak suruh balik dengan ustaz Adam(my big bro) yang kerja situ pukul tiga nanti. Cerita Ustaz Adam. Masa nak balik tu pulak, ana pergi muntah lagi.

Dulu, ana beria nak rase macam mana sakit kat sekolah and naik asrama. Sebab bunyinya macam seronok. Sekarang ana dah rase, and it was not so fun at all. Perit wo sakit. ahamdulillah allah kasi sihat sepanjang awal tahun ni. Thank u Allah!
-The End-

QuickPress

Salam..
Just want to say srry 4 d lack of updates. In an exam mode lah.. Insyaallah i’ll post sumthing 2morrow..

See ya

assalamualaikum, blog yang kian berhabuk!

Semalam, Rufaidah a.k.a my first niece lahir! Ana kat sekolah mase tu. Kire baru tadi dapat jumpa Rufaidah! Rufaidah ni nurse masa zaman Rasulullah dulu! Hee.. Ha takpelah, got a tons of homeworks to do, bubbye!

Tomodachi part One


Salam..

memandangkan blog ni terus menyepi, biarlah ana memecahkan sunyi, ewah. Bila dah masuk asrama, rasa malas nak menulis. And yes, sebab dah ada blogspot pun ana malas sebab kene update dua-dua. Ana dah tekad taknak tinggalkan blog dreamy dust tu seperti mana ana tinggalkan yang lain-lain. hehe..

Ada macam-macam yang berlaku, dan kebanyakannya tentang kawan. Alang-alang ana namakan blog ni dengan maksud kawan-kawan Hanan, biarlah ana bercerita tentang kawan. Friend. nakama.

Dulu, masa tadika, ana ada kawan kembar. Nama diorang? Oya dan Bika. Diorang ni anak pengetua masa tu. mak ana pun kira orang penting kat situ. Lalu kitorang bertiga memang dikenali semua staff and cikgu. memang seronok. lagi-lagi bila prestasi kitorang selalu bertukar tempat dalam top three. Teehee.. Kira cemerlang lah walaupun tadika, kan? Haha

Lepas balik tadika, selalunya kitorang akan berehat dalam office. Ada air-cond~ memang lama kalau nak tunggu mak mak kitorang habis kerja.(Bagi kitorang masa tu la kan?)Jadi, kitorang suka main dalam office tu sama-sama. best..

Tapi ana kena pindah kuantan. Sedihnya. Tapi bila berjumpa balik, ana senyum jelah. Dah tak rapat dah. memanglah kan, Tadika, kawan semula lepas sekolah menengah? Memang rasa janggal. Apepun, diorang tetap dalam buku hidup ana. Buku Tomodachi ana. ^^

naik sekolah rendah, ana jumpa lagi ramai kawan! And sepanjang 6 tahun sekolah, tiga orang je ana betul-betul rapat. masa darjah satu, Iim Soimah. Dia tinggi. Dia sangat baik. Masa akhir tahun, ana kata, “Enti masuklah 2 umar tahun depan. Ana dah tekad nak masuk kelas A lagi tahun depan. ” Dia jawab balik, “ala susahlah, enti lah turun kelas. jawab salah masa pekse nanti tau.” Ana pun tengok dia. “mana boleh. entilah kene naik! ” Kitorang pun gelak je.

Bila tengok report card pekse akhir tahun buat kali pertama, memang berdebar rasa. Sepanjang naik Unser Toyota tu, ana memang sakit perut. butterflies in my stomach.. Haha. Bila muallimah Zaiwati cakap “Tahniah, Hanan dapat no. 1″ Barulah lega. Haha. Mak ana pun tanya Muallimah, “Iim masuk kelas mana ye tahun depan? Hanan ni sibuk tanya” muallimah pun check balik. “2 Sofiyah. Tapi Iim pindah dah. Tahun depan dia da takde dah.” Oh, memang sedih tak terkata masa tu.

(ana amazed kat diri sendiri sebab boleh ingat se detail ini. Haha)

Tahun seterusnya, ana kawan dengan Syafiqah Amierah. Kitorang buat geng sendiri. Ana, Sayfiqah, Ain and Ainun.. Kitorang memang rapat. Dua tahun lepas tu, Syafiqah pindah. First day syafiqah takde, ana tanya ain,
“Ain, ana macam man eh? Sape nak jadi best friend ana? Enti ada Ainun.”

masa tu lah kebenaran ter revealed..
“hanan, enti langsung tak tau ke? Ainun pun pindah la!” I was like, yeke? eh, camane boleh tak tau ni. Patutla ain nak duduk sebelah ana. Aiya. “ha? Kat mana?” “kelantan” mangaih, jauhnya!!

masuk sekolah menengah… Ha, ni nak cite ni. Ana takde kawan baik setakat ni. Ana memang rapat dengan certain-certain orang, tapi diorang sendiri ada best friend sendiri. So ana lebih kurang macam kawan dengan semua orang! Huu

Ah, oklah. ana sambung part two nanti..

Ramadhan yang berlalu…

Assalamualaikum…

Tadi tengok dekat tibi(TV) ada pengumuman raya. Hari selasa. Esok la tu. Maknanya, by maghrib tadi, syaitan-syaitan telah pun berkeliaran dengan bebas. haih… Mencabar betul 11 bulan yang akan datang nanti kan? Takpe,takpe..

Tiba-tiba tadi, ana rasa kecewa sebab ana macam melangkah keluar dari Ramadhan sebagai Hanan yang biasa. Yang dulu. Tiada perubahan. banyak buang masa. *padahal mak selalu tegur kot* Banyak Lagho! Ya, banyak sangat.

Tapi ana harap, sebahagian improvement di bulan ramadhan akan berkekalan seperti baca 1 juz sehari, solat diawal waktu berjemaah, and bangun awal! Esok raya, ya, Hari raya Aidilfitri. Hari yang sepatutnya kita kembali pada fitrah, sukakan kebaikan, bencikan kejahatan. tapi soalnya, layakke kita nak berhari raya ‘sakan’? padahal matlamat Ramadhan berciciran? graduate madrasah taqwa cukup-cukup makan je, lepastu nak beraya beria-ia.

Ramadhan yang berlalu ni, ada tak terkesan di mana-mana? adakah ia, menambahkan iman dan taqwa kita? Or meperbanyakkan amalam kita? Harapnya, ada kesan walaupun kecik. Kene ada. InsyaAllah..

So, ana kene bersedia menempuh, merempuh 11 bulan penuh cabaran ni. Tanpa ganjaran yang banyak, tanpa malam yang lebih baik dari 1000 malam. And satu hari nanti, Insyaallah, kita akan bertemu lagi, Ramadhan!

Hari raya ni kita bermaaf-maafan. Cuma, nak di highlight kan kat sini, nak bermaaf-maafan bukan di hari raya atau di pagi raya sahaja. Bila-bila masa, ada buat naya ke orang, terguriskan hati orang, mintalah maaf. Bukan kene tunggu raya kan? hehe… Lepas Ramadhan ni, JANGAN sesekali biarkan Ramadhan berlalu, tanpa ada rasa apa-apa dalam hati. hatta tak bersedih pun dengan pemergian sementara bagi sesetengah orang bertuah, atau pemergian buat selamanya bagi yang tidak berkesempatan nanti. Ingat, ini mungkin Ramadhan TERAKHIR kita. Kalau kita tak mampu berubah dalam masa sebulan tu, at least lepas tu kita berubah. Menjadikan akhir Ramadhan sebagai satu titik tolak kita untuk maju kehadapan.

Sapa-sapa yang takde rasa walau secuit rasa sedih Ramadhan dah pergi, bak kata abang asyraf, “mesti ada something wrong dalam hati dia”. Ya, dan something wrong tu boleh diperbaiki. Boleh di’right’kan semula. dengan teknik dan skil yang tepat. Ana akui, ada juga rasa seronok nak raya. Ada rasa tak sabar nak sarung baju raya. Ada rasa tak sabar nak jumpa sedara mara lepas tu bisu tak cakap apa-apa. Heheh

Ana sekarang ada dekat Gombak, esok beraya dekat Rawang, rumah makngah. dan ahad ni, akan teruskan jihad ana di medan persekolahan. -A-

By the way, alhamdulillah, ana dapat no 1 walaupun ada C dalam buku rekod. Huhu. nasib baik. Ana akan cuba kekalkan kedudukan ana akhir tahun nanti, Biar straight no, 1. Wah, berangan. Takpe, kalau diiringi dengan usaha, ,mesti boleh kan? Insyaallah…

Maafkan ana atas post yang Pendek ni.Biasalah, Malam raya tak fokus sangat. Sekian,little dai’e in action! hehe

Review

Salam… akhirnya! Ana nak review sblog blogspot ana yang telah lama terbengkalai nih..

Ana pun buatlah account baru blogspot. And much to my surprise, seronok sangat ber eksperimen dengan blogspot. Ada macam-macam codes yang boleh tambah untuk letak inilah, itulah. Buat header sendiri, ada emoticons dalam post, sidebar title comel, macam-macam! Even youtube player atas header pun ana buat! :)

semuanya ana ikut tutos dalam blog Jr ana, hanan Fareeha. hehe.. Ok,ok, review, review.

Diberi nama Dreamy Dust, yang ikut sedap huruf je ana bantai. Bertemakan kuning! Huhu,postnya agak childish lah. *macamlah kat sini post dia matang-matang! -..-*

ana tulis santai je, sebab bloggers ni banyak di kalangan budak-budak. Heheh, sedap cakap. Bila ana tengok pandangan orang lain pun, dia kata ‘boring.’ Ouh, terase? Ade la sikit. hehe.. So ana buat post yang pendek-pendek sangat. Haha.. Biarlah. Kira blog biase-biase, bukan yang ana beria tengok macam wordpress ni. Saje, nak cuba follow-follow orang, belajar code html. Kalau yang wordpress tak jumpa tutorial dia. bak kata mak, “wordpress ni serius, untuk orang besau-besau..”

sesuai lah kan untuk ana guna blogspot jugak? Ni linknya, dreamy dust

Sekian, Little Dai’e in action!

  • Blog at WordPress.com. | Theme: Motion by volcanic.
    [ Back to top ]
    Follow

    Get every new post delivered to your Inbox.