Assalmualaikum! Minna-san!

fuh! fuh! huh! huh! Apa yang hanan tengah buat ni?? La, tengah bergelut dengan godaan syaitan rupanya. Syaitan suruh kita supaya bersedih, murung, merajuk dan sebagainya. Ada je peluang, setan terus masukkan jarum. Huih, susah nak lawan godaan setan ni kan? Yelah, dah mood tak baik, orang sekeliling make it worse, so, setan nampak peluang. And zupp! Jarum sudah masuk. kui-kui-kui~

Dua tiga hari ni, mood ana sangat tak baik. Heh, pastu nak dijadikan cerita, ada orang cakap ana mencarut dalam Fb. Hmm, ada ke ya? Tapi ana cuba buat cool. Cool punya cool, tiba-tiba ada insan-insan lain buat ana sakit hati. Buat ana terasa. Buat ana rasa terpinggir dan sebagainy. Isk, terus ana jadi moody, nangis tiap-tiap hari, and luahkan everything kat fb dengan harapan orang yang tengok tu akan sedar. Tapi hampa, comment pun takde~

Entahlah ya, ana jadi emosional sikit. Pastu, sebab ana tak tahan sangat, ana cari cahaya Ilahi.. Dengan mengingati Allah, hatikan jadi tenang~

” Ya Allah, masa aku tengah susah baru aku nak cari Engkau ya Allah. Masa aku senang, aku tak bersyukur. Ya Allah, tabahkan hati ku, kuatkan imanku, ampuni aku.. Ya Allah, tiada orang yang memahami seperti Engkau memahami hamba-hambaMu sendiri.. Kuatkan imanku ya Allah, ampuni kami, ampunkan dosa kami.. ”

ana menangis sepuas-puasnya. Masa tu kakngah dalam bilik sebelah, mak abah tengah latih ammar. So, na pun menangis menangis dan menangis. Hati ana lapang. Tenang. Tapi setan takkan biarkan. Dia menggoda dang menghasut. Ya Allah, kuatkan imanku~

Sori, post yang agak pendek. Wassalam.

About these ads