Assalamualaikum..
Amboi cik tuan bolgger nih, bile dapat blog baru,lupa yang lame ye? Ya, tulah manusia. Tapi still, my best quality posts semua ade dalam ni. *konon best quality* Haih.. Cuti sekolah, selalu buat ana rase bosan tahap ape entah. Tapi tak sabor sangat nak cuti. Entah ape nak dibuat mase ni pun ana tak tau. setakat ni ana tau makan, gi kelas hafazan, tengok drama jepun and tdo. *solat,semua tu adelah* What else? Ana perlukan satu project yang boleh ana alihkan fokus.
Sedih kot nak tinggalkan bilik paling best dekat Aspuri Maarif, Ummu Athiyyah. Meh ana tulis sikit pasal ahli ummu athiyah yang men’jadi’kan ummu athiyah ni. I mean, tanpa mereka, bukan Ummu athiyah namenye.*ewah*
1. Kak Maizatul Farahain, merangkap ketua asrama maarif pompuan. Hehe. Kak Ain ni sangat particular tentang solat, dan sangat baik dengan semua orang. Tapi kalau dia marah,*setakat ni tak pernah melenting lagi lah* tegasnya mengalahkan *ape ek?*. Kak Ain sememangnya ketua asarma terbaek!
2. Nur Hanis Syafinaz, muka comel macam baby! Suara pun alahai. Comel sangat lah. Celoteh dia memang menghiburkan kitorang. Kecik je orangnya. Sngat friendly, tak kekok pun dengan sape-sape. Memang Fynaz salah seorang ahli form one yang ana akan rindu dia tahun depan. *berbelitkah ayat?*
3. Kak Azreen, form 2. Orangnya muke macam chinese sikitlah, I must say. Haha. Dia pun friendly, baik. Suka menyakat. Tapi bestla..
4. Kak Sabrina ni form 3. Dia ni selalu takde sebab sakit. Kesian dia. Tapi dia baik. Dan sangat rajin! Cikgu pun puji dia. Memang sangat rajin! Dalam locker dia, dari awal tahun dah ade nota sains penuh kat pintu locker tu, memang awesome lah.
5. Kak Zalina pun rajin jugak. Dia macam garang sikit, tapi baik sangat. Dia sangat pembersih orangnya. Caring dan tegas pendirian. Tak mudah digoyahkan*ewwah,ayat*. Hehe..’
6. Ketua bilik, Kak Amirah Shahid. Dia comel, baik. Masa mula-mula tu kitorang takl berapa sangat dengan dia. Tapi lama-lama, ok. Ketua bilik yang supporting, tapi kuat merajuk jugak. Hehehe.. Oh ye, tak sempat pun jamuan bilik dengan dia, Minggu terakhir sekolah dia takde. Ada urusan.
7. Kak Asikin. Dia sama je dengan kak zalina. Hehe. Pembersih, garang, tegas, yet so kind. Walaupun ana tak rapat dengan dia, dia tetap kakak form 5 yang ana takkan boleh lupa. Dalam bilik kitorang, dua orang from one sayang kat dia, Sayang adik-kakak gitulah. Hehe
8. Syafiqah ni mulut kecoh sikit. Memang pandai menjawab. Selalu jugak bergaduh dengan kak zalina and kak ckin *form 5* sebab mulut yang dikatakan sebijik dengan laser. Hehe. Tapi dia sangat jujur dalam mengekspresikan ape-ape. Dan dia caring dengan kawan-kawan. Protective jugak neyh. =)
9. Kak Tuan ni bekas ketua bilik. Mood dia tak menentu,ade masa senyap dan serius tapi ok. Ade masa dia macam marah sikit, ade masa bising macam budak-budak! Tahun depan ambik SPM. Dia sama bilik ngan ana tahun depan jugak, insyaALlah.
10. Kak Izzatun senyap je orangnya. Baik. Dia selalu tido awal, Hehe..
11. Kak Qibah ni orangnya senyap jugak, lembut je. Baik sangat dengan kakak dia, bestfriend kak Tuan, kak Ainun Najwa. Biasa siblings bergaduh kan, tapi diorang tak. Si kakak selalu jenguk si adik .Sweet. Personality diorang sangat unik.
12. pocah, atau Sh. Aisyah Fadaq. Bising jugak orangnya. Pemurah sangat. Dia baik .. Best kawan dengan dia. =D
13. kak Jeeha, yang sekatil dengan ana.. Periang, dan kuat azam. Banyak angan-angan kak Jeeha nih. Best duk bawah katil dia, supporting je. Memang bestlah!
14. Zue or zuhayra. Kuat merajuk, tapi baik. Suka menulis, dan suak bercerita. Memang kalau dia cerita, satu jam satu cerita lah. Banyak betul idea dia. Ana selesa dengan dia.
Okeh, penat dah mengimbau kenangan. Nak tekan butang break dah ni sekian.

